Selamat Datang ke Laman Rasmi LIGS

Berita Semasa:

LEMBAGA INDUSTRI GETAH SABAH MENDAPAT ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN

Lembaga Industri Getah Sabah mendapat Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan berdasarkan indeks akauntabiliti Jabatan Audit Negara. Pengurus Besar Lembaga Industri Getah Sabah, Datuk Harris Mathews menerima anugerah tersebut di dalam majlis penyampaian anugerah yang telah diadakan di Hotel Shangri-la’s Tanjung Aru pada 14 Januari 2016 daripada YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah.

Pengumuman:

1. Untuk makluman semua pekebun kecil/ penoreh getah, mulai 1 Januari 2016, Insentif getah Kerajaan Negeri tidak lagi dimasukkan di dalam harga getah semasa yang dilakukan pada tahun lepas tetapi insentif akan dibayar pada bulan berikutnya.

2. Contohnya, jika anda menjual getah kepada LIGS pada bulan Januari 2016, Insentif Pengeluaran Getah akan dibayar pada bulan Februari 2016 dan seterusnya. Kadar insentif pengeluaran yang dibayar akan ditetapkan pada hujung bulan tiap-tiap bulan.

3. Kadar insentif yang dibayar adalah perbezaan harga diantara harga lantai dan harga purata sebenar pada bulan itu. Harga lantai untuk kentalan gred 2 adalah RM2.00/kg. Contohnya, jika harga purata sebenar bagi kentalan gred 2 untuk bulan Januari 2016 adalah RM1.25/kg maka insentif pengeluaran yang akan dibayar adalah (RM2.00 – RM1.25) iaitu RM0.75 /kg.

4. Tujuan perubahan ini adalah untuk merasionalkan pembayaran insentif supaya mencapai kumpulan sasaran yang ditetapkan.

5. Untuk mempercepatkan pembayaran insentif. LIGS mencadangkan untuk membayar insentif terus ke dalam akaun bank pekebun kecil. Para pekebun kecil adalah digalakkan untuk membuka akaun bank di Bank Simpanan Nasional atau mana-mana bank komersial tempatan. Jika pekebun kecil sudah mempunyai akaun bank, sila kemukakan no. akaun serta salinan buku bank/ slipbank kepada LIGS.

Sekian untuk Makluman.

Datuk Harris Mathews

Pengurus Besar LIGS

Ganjaran Kepada Pemberi Maklumat

Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk melaporkan kegiatan menyeludup keluar getah dari Sabah untuk kebaikan Negeri. Ganjaran sebanyak RM500.00 akan diberikan oleh LIGS kepada Pemberi Maklumat untuk setiap kontena yang berjaya dikesan dan dipunggut ses getah atau yang menyebabkan pelaku berjaya didakwa di mahkamah. Segala maklumat yang diberikan serta identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan dan lindungi oleh undang-undang.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Lembaga Industri Getah Sabah telah melancarkan Laman Web Rasmi Kilang Getah Beaufort Specialty

Pengenalan

Lembaga Industri Getah Sabah merupakan sebuah agensi Kerajaan Negeri Sabah yang bertanggungjawab ke atas pembangunan sektor tanaman getah di negeri Sabah, Malaysia.

Visi dan Misi Lembaga

Dengan ini kami berusaha untuk mencapai visi LIGS, yakni untuk menghasilkan Industri Getah yang Moden, Berdaya Maju dan Dinamik. Misi Lembaga adalah seperti berikut:
"Membangunkan industri getah secara bersepadu melalui pengurusan sektor pekebun kecil yang efisien, meningkatkan pengeluaran secara komersial dan mempelbagaikan industri hiliran yang mampu bersaing di pasaran global."
Maklumat lanjut berkenaan dasar dan strategi Lembaga boleh didapati di laman Pengenalan. Enakmen Lembaga Industri Getah (Pindaan) 2013 kini boleh didapati melalui laman ini. Klik di sini untuk muat turun. Untuk para pekebun kecil getah, sila maklum bahawa LIGS sedang memberikan insentif pengeluaran getah berkuatkuasa mulai 01 Ogos 2012.
http://www.alugueldeimpressoras.org