Piagam Pelanggan

DSC05078

Bahagian Kemajuan Pekebun Kecil

  1. Menerima dan memproses borang permohonan untuk penanaman getah sepanjang tahun.
  2. Semua permohonan akan diproses di daerah dan permohonan yang layak akan dihantar ke Bahagian Kemajuan Pekebun Kecil, Ibu Pejabat dalam tempoh tiga (3) bulan.
  3. Semua permohonan yang diproses akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Tabung “B” sebelum bulan September tahun semasa untuk pertimbangan.
  4. Kelulusan permohonan akan dimaklumkan kepada pelanggan satu (1) bulan selepas mesyuarat Tabung “B”. Kerja-kerja pembersihan, pengukuran dan penanaman akan diselesaikan pada 31 Disember tahun berikutnya.
  5. Penyelenggaraan akan diteruskan sehingga 75 peratus kawasan blok mencapai lilitan pokok 15” sebelum diserah balik kepada pelanggan.

Bahagian Pembelian Getah

  1. Memproses permohonan perkhidmatan pemasaran daripada para pekebun kecil dalam tempoh satu (1) bulan.
  2. Pembelian getah secara tunai di ladang dijalankan tidak kurang dari 1 kali dalam sebulan di setiap lokasi.
  3. Menyediakan khidmat pembelian getah secara tunai.
  4. Tingkatkan kompetensi peserta kursus dalam kerja-kerja penorehan dan penyelenggaraan ladang.

Bahagian Skim Penempatan Getah

  1. Pembayaran hasil secara bulanan akan dilaksanakan dalam masa tujuh (7) hari pada bulan berikutnya.
  2. Pembayaran bagi torehan tunai akan dilakukan pada hari yang sama iaitu selepas pembelian dilakukan.

Bahagian Pentadbiran

  1. Aduan pelanggan diambil tindakan dalam tempoh satu (1) minggu selepas siasatan selesai.
  2. Perancangan pembangunan staf dilaksanakan seperti berikut:
    1. Sekurang-kurangnya dua (2) orang daripada kakitangan kumpulan Pengurusan dan Profesional hadir latihan/kursus/seminar dalam setahun.
    2. Sekurang-kurangnya enam (6) orang daripada kakitangan kumpulan Sokongan I hadir latihan/kursus/seminar dalam setahun.
    3. Sekurang-kurangnya tiga (3) orang daripada kakitangan kumpulan Sokongan II hadir latihan/kursus/seminar dalam setahun.
  3. Perancangan penyelenggaraan peralatan dan kenderaan yang dijalankan sekurang-kurangnya dua (2) kali dalam setahun.
  4. Perancangan penyelenggaraan bangunan yang dijalankan sekurang-kurangnya satu (1) kali dalam setahun.
  5. Penerimaan dokumen-dokumen untuk diketahui oleh Pengurus Besar / pegawai berkenaan disampaikan dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh penerimaan.

Bahagian Kewangan

  1. Bajet tahunan disediakan pada setiap bulan Oktober dan diperakukan oleh Jawatankuasa Kewangan seterusnya diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah pada bulan Disember.
  2. Bayaran tuntutan dijelaskan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penyerahan bil selepas diperakukan untuk pembayaran.
  3. Pesanan Pembelian Tempatan (LPO) dan Pesanan Kerja Am (GWO) dikeluarkan dalam tempoh satu (1) minggu selepas diluluskan oleh Pengurus Besar.

Bahagian Pemasaran

  1. Dokumen perkapalan dihantar kepada pembeli dalam masa 14 hari bekerja bermula dari tarikh FOB Singapura berdasarkan obligasi kontrak atau dalam masa 3 hari bekerja selepas penerimaan pembayaran.
  2. Memastikan penetapan harga getah (SMR/Lateks Pukal) bagi Kontrak Jangka Masa Panjang dibuat tidak lewat daripada hari pertama bekerja setiap bulan.
  3. Sebarang aduan daripada pembeli getah akan diberi maklumbalas awal secara bertulis dalam masa 3 hari bekerja.
  4. Mengeluarkan Kontrak Jangka Masa Panjang bulanan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas penetapan harga.
Maklumat dalam laman ini telah dikemaskini pada 15 Ogos, 2019.
http://www.alugueldeimpressoras.org