Kursus Usahawan Tani

Pengenalan Program Usahawan Tani Getah

Rubber Agropreneur Programme courses

Kursus-kursus dalam Program Usahawan Tani Getah ini adalah berfaedah kepada para usahawan baharu dan para pekebun kecil getah yang akan atau sedang mengusahakan ladang getah. Program ini memberi gambaran menyeluruh berkenaan pengurusan ladang getah dari peringkat permulaan sehingga peringkat penorehan hasil. Selain daripada itu, peserta kursus akan memperolehi maklumat tentang kaedah-kaedah pengeluaran bahan tanaman serta garis panduan untuk penubuhan tapak semaian.

Kursus-kursus yang ditawarkan termasuklah penginapan di tapak latihan, pengangkutan pergi balik pusat latihan dan ladang getah / tapak semaian, makanan dan minuman (sarapan pagi dan makan tengah hari), modul kursus, serta sijil penyertaan.

Siapa Perlu Mengikuti Program Ini

Pengurus projek, penyelia projek, pekebun kecil, usahawan getah baharu, peladang getah, serta individu dan organisasi lain yang berminat dalam perusahaan getah secara komersial.

Sinopsis Kursus-kursus Yang Ditawarkan

Program Pengurusan Tapak Semaian dan Ladang Getah ini menawarkan kursus-kursus yang dijalankan secara gabungan teori dan praktikal. Semua kursus dijalankan di Pusat Latihan Industri Getah yang terletak di Tuaran, Sabah. Kursus-kursus ini ditawarkan sekali (1 kali) setiap bulan.

Rubber Tapping and Plantation  Management  Course

Kursus Pengurusan Ladang & Penorehan Getah

  • Objektif: Pada akhir kursus ini, para peserta diharap dapat mempelajari teknik-teknik ‘best practices’ berkenaan pengurusan dan penyenggaraan ladang getah. Selain itu, peserta akan dapat mempraktikkan cara-cara penjagaan dan penorehan pokok getah untuk memperolehi hasil.
  • Tempoh pembelajaran: 10 hari (Teori – 4 hari, Praktikal – 6 hari)

Preparation of Rubber Nursery and Quality Seedlings Course

Kursus Penyediaan Tapak Semaian & Benih Berkuaiti

  • Objektif: Pada akhir kursus ini, para peserta diharap dapat mempelajari teknik-teknik ‘best practices’ berkenaan pengurusan dan penyenggaraan tapak semaian getah. Selain itu, peserta akan dapat mempraktikkan cara-cara pengklonan bibit getah bagi memastikan penghasilan benih pokok getah yang bermutu tinggi.
  • Tempoh pembelajaran: 4 hari (Teori – 1 hari, Praktikal – 3 hari)

Cara Memohon

Sila lengkapkan Borang Permohonan dalam brosur Program Usahawan Tani Getah dan hantarkan kepada maklumat yang dinyatakan dalam brosur tersebut.

Untuk penduduk kampung yang ingin memohon melalui bantuan subsidi Kerajaan Negeri Sabah, bolehlah mengisi Borang LIGS-UPL-001 (Borang Permohonan Mengikuti Kursus Perusahaan Getah Asli Selama Dua Minggu di Pusat Latihan, Lembaga Industri Getah Sabah, Tuaran) dan menghantarkan borang tersebut ke pejabat Lembaga Industri Getah Sabah di daerah yang berdekatan untuk diproses.
Permohonan juga boleh dibuat melalui ketua kampung atau melalui wakil rakyat di kampung/daerah masing-masing.
Kelulusan adalah tertakluk kepada subsidi yang disediakan untuk setiap daerah oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Untuk mendaftar, sila kemukakan borang permohonan terlebih dahulu untuk pengesahan sebelum membuat pembayaran anda.

Yuran bagi Penyediaan Tapak Semaian & Benih Berkualiti adalah RM1,200 seorang, manakala Pengurusan Ladang & Penorehan Getah adalah RM2,500 seorang. Pembayaran penuh boleh dibuat sebelum atau pada hari pertama kursus, secara tunai, cek atas nama LEMBAGA INDUSTRI GETAH SABAH, atau pindahan bank melalui HSBC nombor akaun 392015889001 (sila berikan slip pembayaran sebagai bukti).



Agro Programme Stats

Maklumat dalam laman ini telah dikemaskini pada 4 Mac, 2013.
http://www.alugueldeimpressoras.org