Carta Organisasi

LIGS diketuai oleh seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan sembilan (9) orang ahli termasuk tiga (3) orang “ex-officio” dan Pengurus Besar. Butir-butir mengenai Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Industri Getah Sabah dihuraikan dalam Enakmen Lembaga Tabung Getah Sabah 1981 (Lembaga Industri Getah Sabah, Pindaan 2000).

Carta Organisasi LIGS

Sila klik pada imej carta organisasi untuk membesarkannya.

Ketua Eksekutif Kumpulan Pengurusan ialah Pengurus Besar yang dibantu oleh lima (5) orang Timbalan Pengurus Besar mengikut bahagian masing-masing.

Lembaga terbahagi kepada lima (5) bahagian operasi utama seperti berikut:-

  1. Bahagian Pentadbiran
  2. Bahagian Kewangan
  3. Bahagian Operasi Perindustrian
  4. Bahagian Kemajuan Pekebun Kecil
  5. Bahagian Skim Penempatan Getah

Tenaga Pekerja

LIGS kini mempunyai seramai 682 kakitangan. Butiran jawatan pelbagai gred adalah seperti berikut:-

Kumpulan Perkhidmatan Bil. Jawatan
Pengurusan Tertinggi 1
Pengurusan dan Profesional 22
Pelaksana I 325
Pelaksana II 334
Jumlah 682

*maklumat dalam laman ini telah dikemaskinikan pada 29 Jun 2018 -JS

Maklumat dalam laman ini telah dikemaskini pada 2 Julai, 2018.
http://www.alugueldeimpressoras.org