Soalan Lazim

Agropreneurs / Usahawan Tani

Saya ingin mengusahakan pusat semaian persendirian. Apakah pakar rundingan atau latihan yang dapat diberikan oleh LIGS?

Pusat Latihan Industri Getah Sabah LIGS yang bertempat di Tuaran, Sabah menyediakan kepakaran, rundingan, serta latihan khas berkenaan pembangunan semaian dan pengeluaran bahan tanaman getah yang berkualiti untuk mereka yang berminat. Kursus-kursus ini dijalankan setiap bulan dan permohonan adalah dibuka sepanjang tahun. Untuk mendapatkan keterangan lanjut serta mengetahui cara untuk memohon, sila lawat bahagian Kursus Usahawan Tani. Anda boleh menghubungi Pusat Latihan LIGS di nombor 088-788349, atau datang ke pusat tersebut (klik pada pautan ini dan pilih LIGS Tuaran (Pusat Latihan) untuk melihat peta).

Bolehkan saya membeli bibit getah daripada LIGS untuk tujuan tanaman persendirian?

Pada masa ini, pusat-pusat semaian getah LIGS hanya dapat menampung permintaan pekebun kecil getah yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Sabah (melalui LIGS) dan Kerajaan Persekutuan (melalui RISDA). Namun begitu, anda boleh menghubungi Pusat Semaian yang terdekat sekiranya pusat-pusat tersebut mempunyai bekalan yang secukupnya untuk orang perseorangan. Untuk pengetahuan anda, bibit buahan juga boleh didapati daripada Pusat Semaian Tuaran.

Rubber smallholders / Pekebun Kecil Getah

Ramalan calon parti pembangkang PRU13 [Pilihan Raya Umum ke-13]. Harga getah dan sawit akan turun selepas pilihanraya, berimpak daripada penggunaan kewangan calon Sabah. Kerana punca pendapatan Perbendaharaan Negeri sedikit (95 % / 5 % Sabah). Sabah hanya bergantung kepada cukai pertanian, ini kalilah mereka ingin klim balik duit-duit itu. Benarkah begitu? Sahabat saya seorang pekerja LIGS berkata ada kemungkinan. (ditanya oleh Sumor Andiwar pada 12 Februari 2014)

Sila rujuk Kenyataan Akhbar Pengurus Besar bertarikh 10 Februari 2014 dalam Harian Ekspres dan di laman web rasmi LIGS berkenaan faktor penurunan harga getah. Sekian dan terima kasih.

Benarkah kilang LIGS menanggung hutang puluhan juta kepada pengilang getah swasta? Ini yang menyebabkan harga turun untuk mengejar jumlah hutang tersebut. Dakwaan pekerja LIGS (*pengadu menyatakan nama tersebut adalah rahsia*) hutang tersebut berlaku akibat getah dalam simpanan LIGS pandai cair. Dan hanya pengaruh kecil akibat harga pasaran. (ditanya oleh Boyoton Andu pada 10 Februari 2014)

Tidak ada. LIGS tidak berurusan dengan mana-mana kilang swasta. LIGS tidak berhutang dengan mana-mana syarikat. Dakwaan hutang tersebut adalah tidak berasas. Harga getah adalah rendah sekarang oleh kerana harga pasaran dunia telah merosot dari RM13,000 se tan pada tahun 2011 kepada RM6,300 se tan pada hari ini. Sila baca Kenyataan Akhbar berkenaan penurunan harga getah hari ini (10 Februari 2014).

Berapakah ukur lilit pokok getah yang boleh ditoreh?

Pokok getah sedia untuk ditoreh apabila ukur lilit pokok telah mencapai 18 inci.

The public / Orang awam

Bagaimanakah caranya untuk saya memohon penempatan latihan industri di LIGS?

Anda boleh menghantar surat permohonan rasmi kepada Pengurus Besar di alamat yang tertera di bahagian Hubungi Kami. Sertakan bersama resume yang lengkap bersama dokumen sokongan yang lain bersama surat permohonan anda. LIGS akan menghubungi anda sekiranya terdapat kekosongan untuk penempatan latihan.

Apakah caranya untuk saya mendapatkan statistik harga getah Sabah yang terdahulu?

Data-data terdahulu berkenaan harga getah negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk disediakan secara online dan akan dipaparkan tidak lama lagi.

Bagaimanakah cara untuk saya memohon jawatan di Lembaga Industri Getah Sabah?

Jawatan kosong yang terdapat di LIGS akan diumumkan melalui laman web ini serta di suratkhabar-suratkhabar tempatan Sabah yang utama. Pada masa ini, borang permohonan jawatan kosong boleh didapati di pejabat-pejabat LIGS yang terdekat.

Bolehkan saya membeli bibit getah daripada LIGS untuk tujuan tanaman persendirian?

Pada masa ini, pusat-pusat semaian getah LIGS hanya dapat menampung permintaan pekebun kecil getah yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Sabah (melalui LIGS) dan Kerajaan Persekutuan (melalui RISDA). Namun begitu, anda boleh menghubungi Pusat Semaian yang terdekat sekiranya pusat-pusat tersebut mempunyai bekalan yang secukupnya untuk orang perseorangan. Untuk pengetahuan anda, bibit buahan juga boleh didapati daripada Pusat Semaian Tuaran.
Maklumat dalam laman ini telah dikemaskini pada 2 Oktober, 2012.
http://www.alugueldeimpressoras.org
 

http://www.ligs.sabah.gov.my/roaring/index.html';?>http://www.ligs.sabah.gov.my/perceive/index.html';