Pusat Semaian

NURSERIES

Pusat-pusat semaian yang didirikan oleh LIGS di negeri Sabah adalah yang terbesar sekali di Malaysia. Ini adalah sejajar dengan keperluan para pekebun kecil getah di Sabah serta objektif Unit Tapak Semaian iaitu untuk meningkatkan penghasilan getah berkualiti tinggi, dimana ia seterusnya dapat membantu dalam meningkatkan paras pendapatan masyarakat luar bandar di negeri ini.

Strategi / indeks prestasi utama (KPI) bagi Unit Tapak Semaian adalah untuk mensasarkan:-

  1. Kadar pulangan anak benih cantuman muda getah adalah sekurang-kurangnya 90 peratus; dan,
  2. Ketulenan anak benih cantuman muda adalah 100 peratus.

LIGS melaksanakan empat (4) pusat semaian bibit getah dan satu (1) pusat semaian buah-buahan yang telah didirikan di lokasi-lokasi berikut:

  • Pusat Semaian Tuaran, Tuaran, seluas 43 hektar, yang mampu mengeluarkan sebanyak 800,00 benih getah serta buah-buahan setahun;
  • Pusat Semaian Kabang, Papar, seluas 80 hektar, dengan kapasiti pengeluaran benih getah sebanyak 1.2 juta setahun;
  • Pusat Semaian Pamalan, Keningau, seluas 10 hektar, yang mampu mengeluarkan sebanyak 300,00 benih getah setahun; dan
  • Pusat Semaian Sungai Damit,  Tuaran, seluas 56 hektar, dengan kapasiti pengeluaran benih getah sebanyak 1.2 juta setahun.

Pembekalan dan penjualan bibit getah kepada pekebun kecil dan orang awam dikendalikan oleh Semaian LIGS. Anda boleh menghubungi pusat-pusat tersebut seperti berikut:

  • Pusat Semaian Tuaran, Tuaran: 088-788362
  • Pusat Semaian Kabang, Papar: 088-911349
  • Pusat Semaian Pamalan, Keningau: 014-5538611
  • Pusat Semaian Sungai Damit, Tuaran: 088-794275

Pusat Semaian Pamalan, Keningau

Maklumat dalam laman ini telah dikemaskini pada 1 Februari, 2013.
http://www.alugueldeimpressoras.org