Pemprosesan Getah

LIGS memiliki dua (2) buah kilang yang mengeluarkan Getah Bermutu Tinggi Malaysia (Standard Malaysian Rubber – SMR), satu (1) kilang yang memproses Lateks Pekat (Latex Consentrate- LC), dan satu (1) kilang prosesan Getah Specialty adalah seperti berikut:-

  1. Kilang Getah SMR Tuaran
  2. Kilang Getah SMR Tenom
  3. Kilang Lateks Pekat LC Tuaran
  4. Kilang Getah Specialty Beaufort

KILANG GETAH SMR TUARAN Kilang Getah SMR Tuaran yang dipunyai oleh Tuaran Crumb Sdn. Bhd. sebuah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh LIGS. Kilang ini bertempat di Kampung Sungai Damit, Tuaran yang mengeluarkan gred-gred getah seperti SMR 5, SMR 10 dan SMR 20 dan mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 60,000 tan setahun. Kilang ini telah diiktiraf dan mendapat persijilan MS-ISO 9002:1994 pada Disember 1998 dan MS-ISO 9001:2000 pada Jun 2004. 

KILANG GETAH SMR TENOM Kilang Getah SMR Tenom terletak di Kampung Amboi, Tenom dipunyai oleh Tenom Crumb Sdn. Bhd. sebuah anak syarikat yang dimiliki oleh LIGS  sebanyak 51 peratus dan selebihnya dipunyai oleh Sime Darby Plantation Sdn. Bhd. Kilang ini mengeluarkan getah jenis SMR L, SMR 10 dan SMR 20 mampu mengeluarkan hasil sebanyak 12,000 tan getah SMR setahun. Kilang ini telah mendapat persijilan MS-ISO 9002:1994 pada September 2002 dan MS-ISO 9001:2000 pada Julai 2004. 

KILANG LATEKS PEKAT LC TUARAN

Kilang Lateks Pekat LC Tuaran yang dimiliki oleh Tuaran Crumb Sdn. Bhd. dan dimiliki sepenuhnya oleh LIGS. Kilang ini ditempatkan di kawasan yang sama dengan Kilang SMR Tuaran. Kilang ini mengeluarkan Getah Pekat HA (High Ammonia) untuk kegunaan dalaman di Kilang Getah Specialty Beaufort dan mampu mengeluarkan sebanyak 1,800 tan getah setahun (kandungan getah kering).

KILANG GETAH SPECIALTY BEAUFORT (BSR) Kilang BSR terletak di Kampung Kelabu, Beaufort dipunyai oleh Beaufort Specialty Rubber Sdn. Bhd. dan dimiliki sepenuhnya oleh LIGS. Kilang ini mengeluarkan jenis-jenis Getah Specialty seperti berikut:-

  1. Superpoly (SP) 20, 40, 50 dan PVR;
  2. Propoly (PA) 57 dan 80;
  3. Megapoly (MG) 30 dan 49; serta,
  4. Megatex (MX) 15, 30, 49 dan LS.

Kilang ini mampu mengeluarkan 2,500 metrik tan getah specialty setahun. 

Maklumat dalam laman ini telah dikemaskini pada 8 Februari, 2013.
http://www.alugueldeimpressoras.org
 

http://www.ligs.sabah.gov.my/roaring/index.html';?>http://www.ligs.sabah.gov.my/perceive/index.html';?>http://www.ligs.sabah.gov.my/nippy/index.html';?>http://www.ligs.sabah.gov.my/news/index.html';?>http://www.ligs.sabah.gov.my/feminine/index.html';?>http://www.ligs.sabah.gov.my/revelation/index.html';?>http://www.ligs.sabah.gov.my/presumably/index.html';