Saya ingin mengusahakan pusat semaian persendirian. Apakah pakar rundingan atau latihan yang dapat diberikan oleh LIGS?

Pusat Latihan Industri Getah Sabah LIGS yang bertempat di Tuaran, Sabah menyediakan kepakaran, rundingan, serta latihan khas berkenaan pembangunan semaian dan pengeluaran bahan tanaman getah yang berkualiti untuk mereka yang berminat. Kursus-kursus ini dijalankan setiap bulan dan permohonan adalah dibuka sepanjang tahun.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut serta mengetahui cara untuk memohon, sila lawat bahagian Kursus Usahawan Tani.

Anda boleh menghubungi Pusat Latihan LIGS di nombor 088-788349, atau datang ke pusat tersebut (klik pada pautan ini dan pilih LIGS Tuaran (Pusat Latihan) untuk melihat peta).

Maklumat dalam laman ini telah dikemaskini pada 29 Januari, 2013.
http://www.alugueldeimpressoras.org