Program Usahawan Tani, Enakmen LIG (Pindaan) 2012 dan borang-borang baharu

LIGS kini mempelawa permohonan untuk Program Usahawan Tani Getah pada bila-bila masa setiap tahun. Kursus-kursus ini meliputi pengurusan estet dan semaian getah, penorehan pokok getah, pengeluaran benih getah berkualiti dan lain-lain lagi. Sila lawat bahagian terbaharu kami iaitu Kursus Usahawan Tani untuk mengetahui lebih lanjut tentang kursus yang disediakan serta cara untuk memohon.

Laman ini telah dikemaskini dengan dokumen baharu dalam bahagian Akta dan Garis Panduan. Enakmen Lembaga Industri Getah (Pindaan) 2012 ini telah diwartakan pada 22 November 2012 dibawah Warta Kerajaan Negeri Sabah Tambahan Pertama. Sila rujuk laman Akta dan Garis Panduan untuk memuat turun dokumen tersebut.

Selaras dengan laman baharu bagi Kursus Usahawan Tani, tiga jenis borang telah disenaraikan dalam laman Muat Turun Borang. Anda boleh memuat turun borang-borang tersebut dalam laman itu, atau dalam laman Kursus Usahawan Tani yang disediakan.

Maklumat dalam laman ini telah dikemaskini pada 25 Februari, 2013.
http://www.alugueldeimpressoras.org