Bantuan Musim Tengkujuh

Pengumuman : Bantuan Musim Tengkujuh

Sukacita dimaklumkan bahawa sepertimana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2017, Kerajaan Persekutuan melalui Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) akan memberikan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada para pekebun kecil getah dan penoreh yang layak sebanyak RM200.00 sebulan bagi bulan November 2017, Disember 2017 dan Januari 2018.

2. Sila ambil maklum bahawa pemilik dan penoreh perlu memenuhi syarat-syarat di bawah bagi melayakkan mereka menerima BMT seperti berikut:

(i) Pemilik kebun getah yang sah; dan

((ii) Penoreh yang sah kepada pemilik kebun getah; dan

((iii) Menjual getah kepada LIGS; dan

((iv) Telah berdaftar dengan LIGS sebelum 15 September 2017, dan

((v) Memiliki ladang getah yang tidak melebihi 100 ekar

3. Oleh yang demikian, pihak LIGS menyeru kepada semua pemilik dan penoreh yang belum mendaftar agar hadir di mana-mana pejabat LIGS yang berhampiran di daerah masing-masing untuk mendaftar dengan LIGS sebagai pekebun kecil getah sebelum atau selewat-lewatnya pada 15 September 2017.

Sekian dan harap maklum. Terima kasih.

Datuk Harris Mathews

Pengurus Besar LIGS

Sila muat turun dan lengkapkan borang ini Borang Pendaftaran Pekebun Kecil Getah . Hantar ke Pejabat LIGS yang berdekatan.

Maklumat dalam laman ini telah dikemaskini pada 10 Oktober, 2017.
http://www.alugueldeimpressoras.org