Tanaman Baru Getah Berkelompok

tanam getah  DSC03839

Pengenalan

Objektif projek ini dijalankan ialah untuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar, dengan mewujudkan sistem pertanian kekal yang dapat memberi pendapatan yang tetap dan mapan, serta mampu meningkatkan taraf hidup mereka terkeluar dari Paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Kumpulan sasaran bagi projek ini ialah pemilik tanah terbiar, petani sistem pindah-randah yang saradiri, serta rakyat miskin yang tinggal di kawasan pedalaman dan terpencil. Setiap peserta projek ini diberi bantuan langsung sebanyak RM10,500 sehektar.

Mengikut sasaran Rancangan Malaysia ke-9, sebanyak 12,000 hektar telah ditetapkan untuk pembangunan projek ini. Siling peruntukan projek untuk tahun 2009 iaitu sebanyak RM31,500,000 berpunca daripada Kerajaan Persekutuan melalui Koridor Pembangunan Sabah (SDC) (76%), Kerajaan Negeri (17%), serta dari ses penanaman semula getah (7%).

Sila rujuk syarat-syarat dan kelayakan penyertaan Program Tanaman Getah Secara Berkelompok untuk makluman lanjut.

Maklumat dalam laman ini telah dikemaskini pada 22 Julai, 2014.
http://www.alugueldeimpressoras.org