Projek Khas Menangani Kemiskinan Bengkoka

Sehingga tahun 2011, daerah Pitas yang terletak di utara negeri Sabah merupakan daerah yang termiskin sekali di Malaysia dengan jumlah Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) seramai 2,381 orang. Lebih daripada 73 peratus penduduk daerah ini memperolehi sumber pendapatan melalui amalan pertanian pindah-randah.

Matlamat projek ini adalah untuk:-

  1. Mengurangkan kemiskinan dan mensifarkan kemiskinan tegar secara menyeluruh di Daerah Pitas;
  2. Meningkatkan produktiviti tanah terbiar dan tidak sesuai dengan tanaman komersial lain; dan
  3. Menjamin sumber bekalan getah dan kayu getah yang berterusan.
Maklumat dalam laman ini telah dikemaskini pada 1 Februari, 2013.
http://www.alugueldeimpressoras.org