Pengenalan

Visi

Industri Getah yang Moden, Berdaya Maju dan Dinamik

Misi

Membangunkan industri getah secara bersepadu melalui pengurusan sektor pekebun kecil yang efisien, meningkatkan pengeluaran secara komersial dan mempelbagaikan industri hiliran yang mampu bersaing di pasaran global.

Objektif

  1. Mewujudkan punca pendapatan yang tetap dan mapan kepada petani yang mengamalkan pertanian pindah randah, petani miskin dan miskin tegar.
  2. Meningkatkan produktiviti dan pendapatan kepada para pekebun kecil getah.
  3. Mempergiatkan proses pemindahan teknologi baru kepada para pekebun kecil getah.
  4. Menyediakan kemudahan pemprosesan dan pemasaran getah untuk pekebun kecil getah.
  5. Menggalakkan pertumbuhan industri hiliran berasaskan getah dan kayu getah.
  6. Menempatkan petani yang mengamalkan pertanian pindah randah atau petani yang tidak mempunyai tanah ke skim penempatan getah.
  7. Meningkatkan sistem penyampaian.

Strategi

  1. Tanaman Semula Getah Tua dengan Klon Lateks Balak.
  2. Tanaman Baru Getah dengan Klon Lateks Balak.
  3. Tanaman Semula Getah Tua dengan Lain-lain Tanaman.
  4. Pembangunan skim penempatan getah.
  5. Latihan Pekebun Kecil.
  6. Pengendalian Pembelian Getah Secara Langsung.
  7. Pemerosesan getah pekebun kecil kepada Standard Malaysian Rubber (SMR) dan Specialty Rubber.
  8. Pemasaran getah SMR.
  9. Pewujudan industri hiliran berasaskan getah.

Latar belakang dan Sejarah

Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) ditubuhkan di bawah Ordinan Lembaga Tabung Getah 1950 (Cap 16), yang dimansuhkan dan diganti dengan Enakmen Lembaga Tabung  Getah 1981 No. 25.

LIGS merupakan sebuah Badan Berkanun Kerajaan Negeri Sabah di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan di peringkat Negeri, dan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di peringkat Persekutuan. Lembaga ini adalah agensi kerajaan yang bertanggungjawab ke atas pembangunan sektor tanaman getah di Negeri Sabah, serta melaksanakan dan menggalakkan aktiviti pembangunan kawasan tanaman getah untuk para pekebun kecil di Sabah dan pertumbuhan industri hiliran berasaskan getah.

Maklumat lanjut mengenai LIGS boleh didapati di bahagian Dasar dan Strategi, Carta Organisasi, Piagam Pelanggan, Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi, dan Rasional Logo.

Maklumat dalam laman ini telah dikemaskini pada 2 Oktober, 2012.
http://www.alugueldeimpressoras.org