Piagam Pelanggan

DSC05078

Bahagian Kemajuan Pekebun Kecil

  1. Menerima dan memproses borang permohonan untuk penanaman getah sepanjang tahun.
  2. Semua permohonan akan diproses di daerah dan permohonan yang layak akan dihantar ke Bahagian Kemajuan Pekebun Kecil, Ibu Pejabat dalam tempoh tiga (3) bulan.
  3. Semua permohonan yang diproses akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Tabung “B” sebelum bulan September tahun semasa untuk pertimbangan.
  4. Kelulusan permohonan akan dimaklumkan kepada pelanggan satu (1) bulan selepas mesyuarat Tabung “B”. Kerja-kerja pembersihan, pengukuran dan penanaman akan diselesaikan pada 31 Disember tahun berikutnya.
  5. Penyelenggaraan akan diteruskan sehingga 75 peratus kawasan blok mencapai lilitan pokok 15” sebelum diserah balik kepada pelanggan.

Bahagian Operasi Perindustrian

  1. Memproses permohonan perkhidmatan pemasaran daripada para pekebun kecil dalam tempoh satu (1) bulan.
  2. Perkhidmatan pembelian getah di ladang diberikan sekurang-kurangnya sekali dalam dua (2) minggu mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  3. Harga rasmi getah diumumkan oleh Lembaga Industri Getah Sabah setiap hari kerja.
  4. Pembayaran untuk pembelian getah di ladang dibuat secara tunai pada hari pembelian dan untuk pembelian secara kredit pembayaran akan dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari kerja.

Bahagian Skim Penempatan Getah

  1. Pembayaran hasil secara bulanan akan dilaksanakan dalam masa tujuh (7) hari pada bulan berikutnya.
  2. Pembayaran bagi torehan tunai akan dilakukan pada hari yang sama iaitu selepas pembelian dilakukan.

Bahagian Pentadbiran

  1. Aduan pelanggan diambil tindakan dalam tempoh satu (1) minggu selepas siasatan selesai.
  2. Perancangan pembangunan staf dilaksanakan seperti berikut:
    1. Sekurang-kurangnya dua (2) orang daripada kakitangan kumpulan Pengurusan dan Profesional hadir latihan/kursus/seminar dalam setahun.
    2. Sekurang-kurangnya enam (6) orang daripada kakitangan kumpulan Sokongan I hadir latihan/kursus/seminar dalam setahun.
    3. Sekurang-kurangnya tiga (3) orang daripada kakitangan kumpulan Sokongan II hadir latihan/kursus/seminar dalam setahun.
  3. Perancangan penyelenggaraan peralatan dan kenderaan yang dijalankan sekurang-kurangnya dua (2) kali dalam setahun.
  4. Perancangan penyelenggaraan bangunan yang dijalankan sekurang-kurangnya satu (1) kali dalam setahun.
  5. Penerimaan dokumen-dokumen untuk diketahui oleh Pengurus Besar / pegawai berkenaan disampaikan dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh penerimaan.

Bahagian Kewangan

  1. Bajet tahunan disediakan pada setiap bulan Oktober dan diperakukan oleh Jawatankuasa Kewangan seterusnya diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah pada bulan Disember.
  2. Bayaran tuntutan dijelaskan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penyerahan bil selepas diperakukan untuk pembayaran.
  3. Pesanan Pembelian Tempatan (LPO) dan Pesanan Kerja Am (GWO) dikeluarkan dalam tempoh satu (1) minggu selepas diluluskan oleh Pengurus Besar.
Maklumat dalam laman ini telah dikemaskini pada 1 Februari, 2013.
http://www.alugueldeimpressoras.org