Dasar dan Strategi

LADANG

Dasar

  1. Mewujudkan punca pendapatan yang tetap dan mapan kepada para petani pindah randah, petani miskin dan miskin tegar;
  2. Meningkatkan produktiviti dan pendapatan para pekebun kecil getah;
  3. Menempatkan petani mengamalkan pertanian pindah randah atau petani yang tidak mempunyai tanah ke skim penempatan getah;
  4. Mempergiatkan proses pemindahan teknologi baru kepada para pekebun kecil;
  5. Menyediakan kemudahan pemprosesan dan pemasaran getah untuk pekebun kecil getah;
  6. Menggalakan pertumbuhan industri hiliran yang berasaskan getah dan kayu getah.

Strategi

  1. Produktiviti para pekebun kecil di luar bandar boleh ditingkatkan melalui:-
    • Peningkatan hasil para pekebun kecil getah yang dapat dicapai dengan penanaman getah berhasil tinggi dan dengan menggalakkan tanaman secara berkelompok.
    • Pengwujudan industri hiliran.
    • Pemulihan kebun-kebun kecil yang berpenyakit dan tidak produktif.
    • Perkhidmatan pengembangan dan kemudahan-kemudahan khidmat nasihat yang cukup.
    • Perlaksanaan skim penempatan getah.
  2. Kemudahan-kemudahan pemasaran yang mencukupi kepada pekebun kecil getah dapat dipastikan melalui:-
    • Pembelian getah secara langsung daripada pekebun kecil oleh Unit Pembelian Getah, Bahagian Operasi Perindustrian.
    • Pembinaan Pusat Memproses Getah Berkelompok (PMBG) untuk memproses lateks kepada kepingan yang bermutu tinggi. PMBG juga bertindak sebagai penyebar maklumat mengenai kaedah-kaedah moden penanaman dan pemprosesan getah.
  3. Peluang-peluang pekerjaan untuk menikmati pendapatan yang lumayan boleh dicapai melalui:-
    • Kemudahan latihan yang diadakan berkenaan kaedah-kaedah moden penanaman dan pemprosesan getah kepada penduduk/belia di kawasan luar bandar.
    • Keupayaan para pelatih untuk bekerja sebagai penoreh getah atau menjadi pekebun kecil getah yang moden.
    • Penempatan semula para petani yang mengamalkan pertanian pindah randah dan/atau penganggur luar bandar serta nelayan-nelayan yang berpendapatan rendah ke kawasan tanaman getah berkelompok.
    • Pembinaan kilang-kilang getah untuk meningkatkan pengeluaran getah berspesifikasi tinggi (SMR).
Maklumat dalam laman ini telah dikemaskini pada 1 Februari, 2013.
http://www.alugueldeimpressoras.org