Natural rubber research: Current Methodology for Producing Quality Planting Materials

Kertas ini dibentangkan sebagai sebahagian daripada prosiding Persidangan Penanam-Penanam Getah 1991 yang dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM), yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 23 dan 24 Julai 1991.

Abstrak:

Lembaga Tabung Getah Sabah (SRFB) bertanggungjawab untuk mengeluarkan bahan-bahan penanaman yang berkualiti untuk keperluan negeri Sabah. Di antara tahun 1986 hingga 1990, 1.9m benih dua pusaran daun di dalam polibeg telah dikeluarkan untuk penanaman berkelompok.

Bahagian pertama kertas ini membentangkan sistem yang digunakan untuk mengeluarkan tunggul-tunggul cantuman, mengutarakan cantuman anak-anak benih yang berumur dua bulan setengah hingga lapan bulan, dengan menggunakan tenaga pencantum yang maksimum. Penggunaan lilin panas pada 85 darjah Celsius dengan bantuan takung lilin yang dikawal oleh termostat memastikan percambahan yang baik dan seragam. Seterusnya kertas ini memberi perhatian kepada cantuman-cantuman nuda yang diuji oleh SRFB. Dalam tahun 1989 64,599 cantuman muda telah dikeluarkan dan dalam tahun 1990, 192,123 telah dikeluarkan. Untuk tahun 1991, 300,000 cantuman muda sedang disediakan.

Kadar pulihan 87%, 91% dan 96% telah diperolehi masing-masing dalam tahun 1989, 1990 dan 1991. Kadar yang tinggi ini diperolehi kerana:

  • Kadar pokok yang boleh dicantum adalah tinggi, melebihi 99%
  • Kejayaan cantuman mengatasi 95%
  • Percambahan yang baik dan seragam diperolehi dengan menyapu lilin panas 90 darjah Celsius pada mata tunas
  • Kerugian selepas cantuman yang berpatutan

Butir-butir kos dibentangkan di dalam kertas ini untuk mengutarakan keberkesanan mekanisasi dari segi kos terutamanya mekanisasi sistem pengairan dan sistem semburan P + D kuasa jentera sepenuhnya. Kejayaan cedungan di ladang untuk cantuman muda adalah tinggi, dianggarkan setinggi 98% dalam tahun 1989 dan 1990. Pokok-pokok didapati pulih dengan cepat dan tumbuh dengan segar.

SRFB merancang akan mengeluarkan 70% daripada bahan-bahan penanaman dalam bentuk cantuman muda dengan 30% selebihnya sebagai tunggul cantuman yang diperlukan di kawasan-kawasan yang mengalami masalah-masalah logistik.

[ Muat turun kertas di sini (saiz fail: ~22Mb) ]

Rujukan sumber (APA):

Ramananathan, S., Liew, V., Yong, H.K., Hj. Karim, S., & Yoon, P.K. (1991). Current methodology for producing quality planting materials. In S.A. Kadir, A.A. (Ed), Rubber Growers’ Conference: towards greater viability of the natural rubber industry (pp. 49-65). Kuala Lumpur: Rubber Research Institute of Malaysia.

Maklumat dalam laman ini telah dikemaskini pada 1 November, 2011.
http://www.alugueldeimpressoras.org