Majlis Penyampaian Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Kota Belud

Kota Belud 25 Okt: Majlis Penyampaian Bantuan Musim Tengkujuh kepada Para Pekebun Kecil Getah bagi daerah Kota Belud telah berlangsung di Dewan Gopog Taginambur yang disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, YB Datuk Junz Wong. Selain menyampaikan BMT kepada para pekebun kecil getah, YB Junz juga mengadakan sesi dialog berkaitan industri getah Sabah yang menyentuh mengenai isu harga getah, aktiviti ekonomi tambahan yang dapat memberi pendapatan tambahan kepada pekebun yang menanam semula getah mereka dan beberapa isu lain.

Seramai 5,123 pekebun kecil getah di daerah Kota Belud layak menerima BMT yang disalurkan secara elektronik ke akaun mereka atau dibayar secara tunai di kaunter pejabat LIGS Kota Belud.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick, Pengerusi LIGS Datuk John OT Ghani dan Pegawai Daerah Kota Belud Hajah Diyanah Abdullah. -js

Maklumat dalam laman ini telah dikemaskini pada 16 November, 2019.
http://www.alugueldeimpressoras.org