Program Tanaman Getah Secara Berkelompok

Syarat-Syarat dan Kelayakan Penyertaan Program Tanaman Getah Secara Berkelompok

Secara amnya, syarat-syarat untuk menyertai Program Tanaman Getah Secara Berkelompok oleh LIGS adalah seperti berikut:-

  1. Mempunyai geran tanah atau permohonan tanah yang mendapat kelulusan dan disahkan oleh penolong pemungut hasil tanah (PPHT) daerah dan tiada halangan
  2. Kawasan tanah terbiar dan kecuraman tidak melebihi 25 darjah
  3. Kawasan tidak berbatu
  4. Kawasan tidak berpaya atau menakung air
  5. Kawasan yang dipohon berada dalam satu kelompok
  6. Kawasan mempunya perhubungan jalanraya
  7. Peserta MESTI memberikan kerjasama dan melibatkan diri dalam perlaksanaan program
  8. Bersetuju jalan dibuat di atas tanah peserta (jika perlu)

Untuk Program Tanam Baru Getah, tanah peserta yang akan dibangunkan perlulah kawasan tanah terbiar, dengan kecuraman tidak melebihi 25 darjah, dan tidak berbatu.

Untuk Program Tanam Semula Getah, pokok getah di tanah peserta yang akan dibangunkan perlulah berumur melebihi 20 tahun dan telah ditoreh, serta kepadatan pokok getah tua tidak kurang 60 pokok se-ekar.

Kelayakan minima keluasan tanah peserta adalah 1.6 hektar (4 ekar) dan maksima 6 hektar (15 ekar).

Jenis klon yang akan ditanam di kawasan yang terlibat adalah anak benih getah bermutu tinggi yang mendapat persijilan Lembaga Getah Malaysia.

Dokumen Diperlukan Untuk Permohonan Program Tanaman Getah Secara Berkelompok

  1. Borang permohonan yang telah dilengkapkan
  2. 2 keping salinan pelan tanah dan lorekkan setiap lot mengikut nombor geran atau Permohonan Tanah
  3. 2 keping salinan kad pengenalan
  4. 2 keping salinan getan atau Permohonan Tanah

Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan pejabat Lembaga Industri Getah yang berhampiran.

Maklumat dalam laman ini telah dikemaskini pada 21 Julai, 2014.
http://www.alugueldeimpressoras.org