Kekosongan Jawatan

Kekosongan Jawatan

Lembaga Industri Getah Sabah mempelawa calon-calon yang sesuai dan berkelayakaan untuk mengisi kekosongan jawatan di Anak Syarikat milik penuh LIGS seperti berikut:-

    1. Jurutera Kilang (Kilang Tuaran Crumb. Sdn. Bhd. – 1 kekosongan)
    1.1. Fungsi Bidang Tugas:
    – Menyokong dan membantu Pengurus Kilang dalam operasi dan penyelenggaraan kilang pemprosesan getah untuk mencapai objektif pengeluaran, kualiti, keselamatan dan kewangan yang dikehendaki.

    1.2. Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-:
    – Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan sekurang-kurangnya dalam bidang mekanikal.
    – Keutamaan akan diberi kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja dalam bidang pembuatan/pemprosesan kilang.
    – Mempunyai kemahiran Kepimpinan dan Interpersonal dan juga kemahiran analisis yang baik.

    2. Penolong Akauntan (Kilang Tenom Crumb. Sdn. Bhd. – 1 kekosongan)
    2.1. Fungsi Bidang Tugas:
    – Untuk membantu Pembantu Tadbir Kanan dalam simpan kira-kira, inbois dan pembayaran, mengurus akaun terimaan dan aliran tunai, penyediaan gaji, akaun pengurusan dan laporan kewangan.

    2.2. Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
    – Memiliki Diploma Perakaunan.
    – Keutamaan akan diberi kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja dalam bidang pembuatan/pemprosesan kilang.
    – Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, kemahiran kepada keperincian dan butiran dan juga boleh bekerja tanpa pengawasan.

    * Calon-calon yang tidak memiliki kelayakan seperti yang disyaratkan, tidak akan dilayan.

    3. Tarikh tutup permohonan: 15 Mac 2018

    4. Calon-calon yang berminat bolehlah menghantar permohonan mereka berserta dengan resume kepada :-

    PENGURUS BESAR
    Lembaga Industri Getah Sabah
    Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah
    Aras 3, Wisma Pertanian Sabah
    Jln. Tasik, Luyang (Off Jln. Maktab Gaya)
    Beg Berkunci 2016
    88999 Kota Kinabalu, Sabah

    Tel: 088-212311/210472/210531
    Faks: 088-234940/268586
    Email: gm.getah@sabah.gov.my

    LAB/js

Maklumat dalam laman ini telah dikemaskini pada 14 Februari, 2018.
http://www.alugueldeimpressoras.org