Getah Specialty

Sila lawat Laman Rasmi Kilang Getah Specialty Beaufort

Getah Specialty dikeluarkan oleh Kilang Getah Specialty Beaufort. Gred-gred getah specialty yang dikeluarkan adalah Superpoly (SP), Propoly (PA), Megapoly (MG) dan Megatex (MX).

Getah Superpoly (SP) & Getah Propoly (PA)

Getah SP yang dikeluarkan di Kilang Beaufort merupakan polimer berkualiti tinggi. Ia merupakan adunan getah asli bervulkan terserap dalam getah asli matrik tak bervulkan (mentah). Pelbagai gred yang dikeluarkan adalah SP 20, SP 40, SP 50 dan PVR.

Fungsi utama getah SP ialah untuk meningkatkan kualiti pemprosesan getah dalam kedua-duanya sama ada getah asli mahupun sintetik. Sekiranya digunakan dalam proses peleleran, kesannya kurang gelembung acuan, keluaran yang pantas dalam permukaan yang lembut serta memulihkan ketahanan bentuk yang diakibatkan oleh kurang buangan dan penolakan. Jika digunakan dalam proses pengacuan, kesannya kurang udara yang terperangkap, sementara dalam proses perawatan stim terbuka, kesannya mengurangkan kelendutan, kurang herotan dan kurang penandaan air.

Varian Getah SP yang lain ialah Getah PA, yakni getah SP dalam bentuk pekatan yang istimewa memiliki bahan untuk kegunaan dalam elastomer.

Getah SP/PA digunakan dalam bidang-bidang berikut:-

  • Tubing/Peniuban
  • Hoses/Salur
  • Door seals/Pateri pintu
  • Car screen seals/Pateri skrin kereta
  • Wipers/Pengelap
  • Pelarut simen

Getah Megapoly (MG) & Getah Megatex (MX)

Getah MG dan MX ialah polimer industri berprestasi tinggi yang dikbuat dalam kawalan mutu yang ketat melalui pempolimeran graf (graft polymerisations) Methyl mathacrylate dalam susu getah asli, dan tersedia dalam bentuk kering dan cairan (lateks). Getah yang disediakan oleh Kilang Getah Sepcialty Beaufort adalah MG 30, MG 49, MX 15, MX 30, MX 49 dan LS. Produk-produk ini mengandungi pelekat terbaik untuk penyambungan, dan berupaya meningkatkan modulus (kekakuan) tanpa menghilangkan daya tegangan dan tinggi daya hakisannya. Keluaran pelbagai gre MGS ini digunakan untuk kegunaan berikut:-

  1. Pita berpelekat khususnya pita alah tekanan;
  2. Pita pembedahan;
  3. Menyambung getah kepada lapik kasut kulit/plastik;
  4. Menyambung lantai;
  5. Penyambungan am untuk getah kepada PVC, fiber sintetik, kulit dan polimer lain contohnya papan pemotong makanan, bola tenis kurang tekanan, hard rollersrigid tubing, palam elektrik dan lain-lain.
(Sumber: Kilang Getah Specialti Beaufort. Buku Aturcara Pembukaan Rasmi. 1999, Nov 27)

Sila lawati lama video Industry Getah Sabah yang memaparkan bagaimana getah specialty dikeluarkan di Kilang Getah Specialty Beaufort.

Maklumat dalam laman ini telah dikemaskini pada 5 November, 2015.
http://www.alugueldeimpressoras.org