Getah di Sabah

Borneo adalah pulau terbesar di Kepulauan Melayu dan dahulunya terdiri daripada empat negara berlainan, iaitu Borneo Indonesia (Kalimantan) di selatan, Sarawak dan Brunei di sebelah timur dan Sabah (dahulunya Borneo Utara British) di utara. Ditadbir oleh Chartered Company sehingga tercetusnya perang di Timur, Sabah diduduki oleh askar Jepun dan dibebaskan oleh Tentera Bersekutu pada tahun 1945, bandar-bandar di negeri ini telah dimusnahkan oleh pengeboman dan aktiviti pertanian, yang hampir secara eksklusifnya terdiri daripada getah, telah terabai. Borneo Utara telah diisytiharkan sebagai koloni British pada 15hb Julai, 1946, apabila ia memulakan usaha yang memakan masa yang lama untuk membangunkan kembali bandar-bandar, memulihkan industri getah dan lain-lain industri kecil, serta mengeksploitasikan simpanan kayu balak yang besar. Pada 31hb Ogos, 1963, Borneo Utara diberi kemerdekaan dan pada 16hb September, 1963, menandatangani deklarasi untuk memilih secara rasmi menjadi sebuah negeri di Malaysia, dan dikenali sebagai Sabah.

Getah pada mulanya didatangkan ke Sabah dalam tahun 1900 dan sehingga tahun 1940 dianggarkan bahawa terdapat 132,000 ekar ditanami dengan getah, meliputi 76,000 estet yang melebihi 250 ekar, serta 56,000 ekar pekebun kecil. Kurang daripada 3-1/2 peratus yang ditanam menggunakan klon berhasil tinggi, kesemuanya di estet. Selepas peperangan Jepun berakhir, sebanyak 10,000 ekar getah telah dihapuskan untuk pengeluaran makanan atau telah ditinggalkan, dan kawasan yang tinggal dianggarkan berjumlah 122,000 ekar.

(Source: Sabah Rubber Fund Board Annual Report – 1968)

Jenis Getah

Getah mentah adalah sebarang jenis getah mentah yang masih dalam bentuk asli belum diproses atau diasap dan termasuk lateks ladang (field latex), getah kepingan tidak diasap (unsmoked rubber sheets), kentalan (cuplumps), sekerap (scrap), lateks krep (crepes) dan bekuan (coagulums).

Maklumat dalam laman ini telah dikemaskini pada 22 April, 2011.
http://www.alugueldeimpressoras.org