Perundangan

Lembaga Industri Getah Sabah ditubuhkan dan beroperasi di bawah:

  1. Ordinan Lembaga Tabung Getah 1950 (Cap 16) yang diganti dengan Enakmen Lembaga Tabung Getah 1981 No. 25, dimana ianya pula diganti dengan Enakmen Lembaga Industri Getah (Pindaan) 2012 , Enakmen Lembaga Industri Getah (Pindaan) 2013 dan yang terbaharu iaitu Enakmen Lembaga Industri Getah (Pindaan) 2014. Ia memberi kuasa kepada LIGS untuk mengenakan Ses Penyelidikan dengan kadar 2.2 sen/kg (RM 22.00/tan) ke atas semua getah yang dieksport dari Negeri Sabah. Ses ini digunakan untuk membiayai program latihan dan khidmat nasihat LIGS kepada para pekebun kecil Sabah.
  2. Ordinan Tabung Tanam Semula Industri Getah 1954 (Sabah Cap. 170), yang memberi kuasa untuk mengenakan Ses Penanaman Semula pada kadar 5% daripada harga getah dengan minimum 4.4 sen/kg (RM44.00/tan) dan maksimum 10 sen/kg (RM100.00/tan) ke atas semua getah yang di eksport dari Negeri Sabah. Ses ini digunakan untuk membiayai Program Penanaman Baru Getah dan Penanaman Semula Getah bagi para pekebun kecil di Negeri Sabah.
  3. Enakmen Lembaga Industri Getah (Pindaan) 2004, Seksyen Baru 25A, yang memberi kuasa untuk mengenakan Ses Getah Mentah (Raw Rubber Cess) dengan kadar 10% daripada harga jualan SMR 20 ke atas semua getah mentah yang dieksport dari Negeri Sabah berkuatkuasa pada 30 Ogos 2004.
Maklumat dalam laman ini telah dikemaskini pada 11 Mac, 2015.
http://www.alugueldeimpressoras.org