INSENTIF PENGELUARAN GETAH

1. Dimaklumkan bahawa akibat daripada harga getah yang rendah di pasaran dunia pada ketika ini, Kerajaan Persekutuan telah memperkenalkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk menangani masalah para pekebun Kecil di seluruh negeri Sabah. Insentif tersebut berkuatkuasa pada 1 September 2015 dan akan dibayar sekiranya :-

  • 1.1. Purata harga getah SMR 20 di pasaran dunia jatuh bawah RM5.20/kg; atau
  • 1.2. Purata harga getah kentalan gred II bagi pembelian ladang jatuh di bawah RM2.00/kg.
  • 2. Insentif Pengeluaram Getah (IPG) adalah merupakan bayaran perbezaan di antara harga yang ditetapkan dengan purata harga getah semasa. IPG ini akan dibayar kepada pekebun kecil getah yang berdaftar dengan LIGS pada setiap bulan berikutnya setelah mengambilkira perbezaan harga mengikut contoh pengiraan berikut:-

    • Contoh : Kentalan Gred II pada bulan September 2015
    • Harga ditetapkan mengikut para 1 (1.2) =RM2.00
    • Tolak : Purata harga semasa bulan September =RM1.75
    • Perbezaan atau IPG =RM0.25 atau 25 sen
    • 3. Sehubungan dengan perkara 2 di atas, kadar bayaran IPG bagi getah yang dijual kepada LIGS dalam bulan September 2015 adalah seperti berikut:-

      • Jenis Getah =Kadar bayaran IPG (RM)
      • Susu Getah =90.0 sen/kg
      • Kepingan Gred I =31.5 sen/kg
      • Kepingan Gred II =26.5 sen/kg
      • Kentalan Gred I =30.0 sen/kg
      • Kentalan Gred II =25.0 sen/kg
      • 4. LIGS akan mengumumkan kadar IPG pada setiap minggu pertama jika penjualan getah pada bulan sebelumnya layak menerima insentif.

        5. Sila juga ambil maklum bahawa syarat-syarat untuk mendapatkan IPG adalah seperti berikut:-

        • 5.1. Warganegara Malaysia;
        • 5.2. Berdaftar dengan LIGS sebagai pemilik ataupun penoreh dan pendaftaran hendaklah mengikut nama yang tertera dalam kad pengenalan;
        • 5.3. Memiliki kebun getah tidak melebihi 100 ekar;
        • 5.4. Menjual hasil getah kepada LIGS.
        • 6. Sekian dan sebarang kemusykilan berkaitan bayaran insentif ini, sila hubungi dengan pegawai LIGS di daerah-daerah ataupun berhubung terus kepada Encik Mohd. Redzuan Haji Awang di talian 088-212311 atau 012-8667704. Borang permohonan juga boleh diperolehi daripada mana-mana pejabat LIGS.

          Terima Kasih,

          DATUK HARRIS MATHEWS
          PENGURUS BESAR
          Lembaga Industri Getah Sabah

          Maklumat dalam laman ini telah dikemaskini pada 11 November, 2015.
http://www.alugueldeimpressoras.org