Insentif Pengeluaran Getah

1. Untuk makluman semua pekebun kecil/ penoreh getah, mulai 1 Januari 2016, Insentif getah Kerajaan Negeri tidak lagi dimasukkan di dalam harga getah semasa yang dilakukan pada tahun lepas tetapi insentif akan dibayar pada bulan berikutnya.

2. Contohnya, jika anda menjual getah kepada LIGS pada bulan Januari 2016, Insentif Pengeluaran Getah akan dibayar pada bulan Februari 2016 dan seterusnya. Kadar insentif pengeluaran yang dibayar akan ditetapkan pada hujung bulan tiap-tiap bulan.

3. Kadar insentif yang dibayar adalah perbezaan harga diantara harga lantai dan harga purata sebenar pada bulan itu. Harga lantai untuk kentalan gred 2 adalah RM2.00/kg. Contohnya, jika harga purata sebenar bagi kentalan gred 2 untuk bulan Januari 2016 adalah RM1.25/kg maka insentif pengeluaran yang akan dibayar adalah (RM2.00 – RM1.25) iaitu RM0.75 /kg.

4. Tujuan perubahan ini adalah untuk merasionalkan pembayaran insentif supaya mencapai kumpulan sasaran yang ditetapkan.

5. Untuk mempercepatkan pembayaran insentif. LIGS mencadangkan untuk membayar insentif terus ke dalam akaun bank pekebun kecil. Para pekebun kecil adalah digalakkan untuk membuka akaun bank di Bank Simpanan Nasional atau mana-mana bank komersial tempatan. Jika pekebun kecil sudah mempunyai akaun bank, sila kemukakan no. akaun serta salinan buku bank/ slipbank kepada LIGS.

Sekian untuk Makluman.

Datuk Harris Mathews
Pengurus Besar LIGS

Maklumat dalam laman ini telah dikemaskini pada 7 Januari, 2016.
http://www.alugueldeimpressoras.org