Terma Penggunaan

1. Terma

Dengan mencapai laman web ini, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat Penggunaan laman web ini, semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan, serta bersetuju bahawa anda adalah bertanggungjawab untuk menurut undang-undang tempatan yang berkaitan. Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana terma ini, anda dilarang daripada menggunakan atau mencapai laman ini. Bahan dan maklumat dalam laman web ini adalah dilindungi oleh undang-undang hak cipta dan tanda niaga yang berkaitan.

2. Lesen Penggunaan

  1. Kebenaran diberikan secara sementara untuk memuat turun satu salinan bahan-bahan di laman web Lembaga Industri Getah Sabah (maklumat atau perisian) untuk kegunaan peribadi, bukan-komersial sementara sahaja. Ini adalah pemberian lesen, dan bukan pemindahan hakmilik, dan di bawah lesen ini, anda tidak boleh:
    1. mengubahsuai atau menyalin bahan-bahan;
    2. menggunakan bahan-bahan bagi apa-apa tujuan komersial, atau apa-apa untuk paparan awam (komersial atau bukan komersial)
    3. cuba untuk menyahsusun atau membalik-jurutera (reverse engineer) mana-mana perisian yang terkandung di laman web Lembaga Industri Getah Sabah;
    4. mengeluarkan apa-apa hak cipta atau lain-lain catatan proprietari dari bahan-bahan; atau
    5. memindahkan bahan-bahan kepada orang lain atau “cermin” mana-mana bahan pada pelayan lain.
  2. Lesen ini akan ditamatkan secara automatik jika anda melanggar mana-mana sekatan ini dan boleh ditamatkan oleh Lembaga Industri Getah Sabah pada bila-bila masa. Setelah anda ditamatkan daripada melayari laman web ini, bahan-bahan ini atau atas penamatan lesen ini, anda perlu memusnahkan apa-apa bahan yang dimuat turun dalam simpanan anda sama ada dalam format elektronik atau bercetak.

3. Penafian

Bahan-bahan di laman web Lembaga Industri Getah Sabah yang disediakan “seadanya”. Lembaga Industri Getah Sabah tidak membuat sebarang waranti, tersurat atau tersirat, dan dengan ini menafikan dan menyangkal semua waranti yang lain, termasuk tanpa batasan, waranti tersirat atau syarat-syarat kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu, atau bukan pelanggaran harta intelek atau pelanggaran hak-hak yang lain . Disamping itu, Lembaga Industri Getah Sabah tidak menjamin atau membuat apa-apa perwakilan berkenaan ketepatan, keputusan yang mungkin, atau kebolehpercayaan penggunaan bahan-bahan di laman web Internet atau selainnya berkaitan bahan-bahan itu atau di mana-mana laman web yang dikaitkan dengan laman web ini.

4. Penghadan

Dalam apa keadaan sekalipun, Lembaga Industri Getah Sabah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan (termasuk, tanpa batasan, ganti rugi bagi kehilangan data atau keuntungan, atau disebabkan oleh gangguan perniagaan) yang timbul daripada penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan bahan-bahan di laman web Lembaga Industri Getah Sabah, walaupun Lembaga Industri Getah Sabah telah diberitahu secara lisan atau secara bertulis kemungkinan kerosakan itu. Oleh kerana sesetengah bidang kuasa tidak membenarkan penghadan pada waranti yang tersirat, atau batasan liabiliti untuk ganti rugi berbangkit atau bersampingan, batasan-batasan ini mungkin tidak berkenaan kepada anda.

5. Semakan dan Ralat

Bahan-bahan yang terdapat di laman web Lembaga Industri Getah Sabah mungkin mempunyai kesilapan teknikal, ejaan, atau fotografi. Lembaga Industri Getah Sabah tidak menjamin bahawa mana-mana bahan-bahan dalam laman web ini adalah tepat, lengkap, atau semasa. Lembaga Industri Getah Sabah boleh membuat perubahan kepada bahan-bahan yang terkandung di laman web pada bila-bila masa tanpa notis.

6. Pautan

Lembaga Industri Getah Sabah tidak akan meneliti kesemua laman web yang dikaitkan dengan laman web Internet dan tidak bertanggungjawab ke atas kandungan laman-laman web. Laman-laman yang dipautkan tidak menandakan sokongan oleh laman web Lembaga Industri Getah Sabah. Penggunaan mana-mana laman web yang dipautkan di laman web ini adalah atas risiko pengguna sendiri.

7. Syarat-syarat Pengubahsuaian Penggunaan Laman

Lembaga Industri Getah Sabah boleh menyemak semula terma-terma penggunaan untuk laman web ini pada bila-bila masa tanpa notis. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju untuk terikat dengan versi semasa Terma dan Syarat Penggunaan.

8. Undang-Undang

Apa-apa tuntutan yang berkaitan dengan laman web Lembaga Industri Getah Sabah akan ditadbir oleh undang-undang Negeri Sabah, Malaysia tanpa mengambil kira konflik peruntukan undang-undang.

Maklumat dalam laman ini telah dikemaskini pada 10 November, 2011.
http://www.alugueldeimpressoras.org