Bolehkan saya membeli bibit getah daripada LIGS untuk tujuan tanaman persendirian?

Pada masa ini, pusat-pusat semaian getah LIGS hanya dapat menampung permintaan pekebun kecil getah yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Sabah (melalui LIGS) dan Kerajaan Persekutuan (melalui RISDA). Namun begitu, anda boleh menghubungi Pusat Semaian yang terdekat sekiranya pusat-pusat tersebut mempunyai bekalan yang secukupnya untuk orang perseorangan.
Untuk pengetahuan anda, bibit buahan juga boleh didapati daripada Pusat Semaian Tuaran.

Maklumat dalam laman ini telah dikemaskini pada 19 Januari, 2012.
http://www.alugueldeimpressoras.org