Benarkah kilang LIGS menanggung hutang puluhan juta kepada pengilang getah swasta? Ini yang menyebabkan harga turun untuk mengejar jumlah hutang tersebut. Dakwaan pekerja LIGS (*pengadu menyatakan nama tersebut adalah rahsia*) hutang tersebut berlaku akibat getah dalam simpanan LIGS pandai cair. Dan hanya pengaruh kecil akibat harga pasaran. (ditanya oleh Boyoton Andu pada 10 Februari 2014)

Tidak ada. LIGS tidak berurusan dengan mana-mana kilang swasta. LIGS tidak berhutang dengan mana-mana syarikat.

Dakwaan hutang tersebut adalah tidak berasas. Harga getah adalah rendah sekarang oleh kerana harga pasaran dunia telah merosot dari RM13,000 se tan pada tahun 2011 kepada RM6,300 se tan pada hari ini. Sila baca Kenyataan Akhbar berkenaan penurunan harga getah hari ini (10 Februari 2014).

Maklumat dalam laman ini telah dikemaskini pada 11 Februari, 2014.
http://www.alugueldeimpressoras.org