Selamat Datang ke Laman Rasmi LIGS

Majlis Perasmian Mini Estet Sejahtera (MESEJ) Tenom

DSC03846 Majlis Perasmian Mini Estet Sejahtera (MESEJ) yang telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa HJ. Aman, Ketua Menteri Sabah bertempat di Blok kampung Ulu Patian, Kemabong, Tenom pada 22 Mac 2013. Projek ini merupakan program pembasmian kemiskinan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB) dan dilaksanakan oleh Lembaga Industri Getah Sabah. Bagi Daerah Tenom sahaja sebanyak 4 buah program MESEJ telah dilaksanakan iaitu MESEJ Ulu Patian, MESEJ Ungga, MESEJ Kelanyaan dan MESEJ Mengkalias dan jumlah keseluruhan projek seluas 385.12 hektar.

Pengenalan

Lembaga Industri Getah Sabah merupakan sebuah agensi Kerajaan Negeri Sabah yang bertanggungjawab ke atas pembangunan sektor tanaman getah di negeri Sabah, Malaysia.

Visi dan Misi Lembaga

Dengan ini kami berusaha untuk mencapai visi LIGS, yakni untuk menghasilkan Industri Getah yang Moden, Berdaya Maju dan Dinamik. Misi Lembaga adalah seperti berikut:
"Membangunkan industri getah secara bersepadu melalui pengurusan sektor pekebun kecil yang efisien, meningkatkan pengeluaran secara komersial dan mempelbagaikan industri hiliran yang mampu bersaing di pasaran global."
Maklumat lanjut berkenaan dasar dan strategi Lembaga boleh didapati di laman Pengenalan.

Enakmen Lembaga Industri Getah (Pindaan) 2012 kini boleh didapati melalui laman ini.

Klik di sini untuk muat turun. Untuk para pekebun kecil getah, sila maklum bahawa LIGS sedang memberikan insentif pengeluaran getah berkuatkuasa mulai 01 Ogos 2012.